Ragbi PMM rangkul johan Kategori Alumni

Ragbi PMM rangkul johan Kategori Alumni

PASUKAN Ragbi Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dinobat johan Kategori Alumni pada Kejohanan Poly 10’s 2018, baru-baru ini.

Kejohanan bermula 24 hingga 25 November lalu itu membabitkan 40 pasukan dalam dan luar negara bagi merebut piala itu.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan seperti Kategori Alumni, Wanita dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

PMM mendapat tempat kedua setelah dikalahkan oleh pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Perlawanan akhir Kategori IPT itu menemukan pasukan PMM dan UPM yang memperolehi mata 17 berbalas 12, sekali gus menewaskan PMM.

Jurulatih Pasukan Ragbi PMM, Mohd Shafie Osman berkata, antara pasukan terlibat ialah Universitas Negeri Jakarta Indonesia, UiTM, UPSI, UM, UTHM serta pasukan lain terdiri dari Politeknik & IPT.

“Pasukan PMM telah membelasah setiap pasukan lawan di peringkat kumpulan sehingga perlawanan separuh akhir.

“PMM menumpaskan pasukan UTHM Pagoh (21-0) dan pertemuan bersama KKTM Ledang (34-0) hingga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Pasukan PMM meraih naib johan bagi Kategori IPT, sekali gus membawa pulang wang tunai RM800 berserta medal.

Manakala, bagi Kategori Alumni pasukan PMM merangkul juara dengan wang tunai RM500 berserta piala kejuaraan.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis sukan Politeknik (MSP), Muhamad Rumzi Mamat dan Pengarah PMM, Rosli Hamid.

CATEGORIES
TAGS