Projek Rumah Peduli bantu golongan susah

Projek Rumah Peduli bantu golongan susah

PAYA RUMPUT 11 Feb. – Kerajaan negeri terus membela nasib golongan kurang bernasib baik di Melaka khususnya rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, terbaharu satu lagi projek perumahan akan dilaksanakan untuk membantu golongan tersebut.

“Selain Rumah Harapan, Rumah Belia, Rumah Berkat dan Rumah Sejahtera, saya merancang untuk menyediakan projek Rumah Peduli.

“Rumah ini khusus untuk mereka yang mempunyai tanah, tetapi tidak mampu membinanya sendiri.

“Ia terbuka kepada penduduk yang tidak boleh bekerja dan tidak mempunyai pendapatan saja,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu (TBC) Cina anjuran Japerun Paya Rumput dan Kerajaan Negeri, malam Sabtu lalu.

637 Shares
CATEGORIES
TAGS