PRK sesi 2019/2010 : 88.9% pelajar PMK turun mengundi

PRK sesi 2019/2010 : 88.9% pelajar PMK turun mengundi

POKOK MANGGA 11 Jan. – Sebanyak 88.9 peratus pelajar turun mengundi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2019/2010 di Politeknik Melaka (PMK), baru-baru ini.

Pengarah PMK, Charim Ibrahim berkata, status mengundi di kampus itu mencatat seramai 1,012 dari 1,138 pelajar.

Para pelajar telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih tampuk pimpinan pelajar yang membawa suara mahasiswa di kampus berkenaan.

Katanya, PRK menerusi Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar telah mengadakan pilihan raya tersebut dan ia kali pertama dikendalikan oleh mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2018/2019.

Ujarnya, penglibatan mantan-mantan MPP itu selaras hasrat Menteri Pendidikan bagi memperkasakan fungsi persatuan pelajar.

“Ia adalah persatuan yang berfungsi sebagai Student Union yang aktif di kebanyakan institusi pendidikan luar negara dalam merancang dan melaksana aktiviti pelajar.

“Sebanyak empat pusat membuang undi diwujudkan dengan nilai 85 peratus pelajar direkodkan bagi setiap jabatan telah keluar mengundi, ini merupakan respon baik para pelajar bagi PRK kali ini,” katanya.

PRK Politeknik Melaka sesi 2019/2010 kali ini diungguli wakil pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Mohd Thaqib Mohd Jimi menerima undian tertinggi iaitu 214 undian.

Saingan itu turut diikuti wakil calon pelajar Jabatan Perdagangan (Akauntansi), Mohd Firdaus Junaidi yang berentap bersama 10 calon lain berjaya menarik kepercayaan pelajar dengan mencatatkan 188 undi.

CATEGORIES