Polis digesa cari perusuh serang anggota JBPM

Polis digesa cari perusuh serang anggota JBPM

PUTRAJAYA 29 Nov. – Polis digesa memburu perusuh yang membuat kecoh semasa insiden di Kuil Mariamman yang menyerang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ketika bertugas, Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menggunakan pelbagai cara bagi mengesan perusuh dalam kejadian itu.

Justeru, beliau menggesa orang awam tampil membantu siasatan jika melihat kejadian yang menyebabkan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM, Muhammad Adib Mohd Kassim telah diserang oleh perusuh ketika itu.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kita akan gunakan khidmat forensik untuk mendapatkan kesan cap jari pada pintu kenderaan bomba terbabit untuk mengesan mereka yang terlibat.

“Kita akan mendapatkan keadilan untuk Muhammad Adib dan akan mengenal pasti mereka yang mencederakannya akan dihadap ke mahkamah,” katanya.

Ketika insiden itu, Muhammad Adib,24, telah diserang perusuh dan dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika menjalankan operasi memadam api.

Berdasarkan laporan akbhar tempatan, mangsa yang berada di bahagian penumpang hadapan jentera JBPM ditarik keluar dari kenderaan itu, malah perusuh turut merosakkan kenderaan JBPM.

CATEGORIES