Polis buru suspek wanita tinggalkan ‘bom’

Polis buru suspek wanita tinggalkan ‘bom’

AFZANIZAR menunjukkan contoh kertas diggunakan pelanggan untuk membuka akaun yang disangka bom di Balai Polis Ayer Keroh, 18 September lalu.

AYER KEROH 20 Sept. – Polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan  seorang suspek wanita yang meletakkan beg kertas berwarna biru di celahan mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hingga disangka bahan letupan.

MelakaKini (MK) pada 18 September lalu, melaporkan  Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka memusnahkan bungkusan kad disangka ‘bom’ di Jalan Tasik Utama 2.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan suspek dipercayai berbangsa Melayu itu  menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dilihat meletakkan beg kertas mengandungi bungkusan berkenaan, sebelum bertindak meninggalkan premis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita dalam rakaman CCTV boleh tampil segera menghubungi polis untuk membantu siasatan,”katanya.

Petang 18 September lalu, polis menerima laporan makluman berhubung bungkusan misteri di dalam sebuah beg kertas berwarna biru dibawa seorang pengurus operasi sebuah bank yang inginkan pengesahan kandungan berkenaan.

Polis bagaimanapun, mengambil langkah keselamatan dengan memusnahkan kandungan itu, sebelum mengenalpasti ia mengandungi kira-kira 300 keping kad digunakan pelanggan untuk membuka akaun bank.

CATEGORIES