PMM pelajari bidang perniagaan berkualiti

PMM pelajari bidang perniagaan berkualiti

MERLIMAU 11 Jan. – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dipilih SME Bank menyertai taklimat sempena Pertandingan SME Bank 90 Days Business Challenge 2018.

Pegawai SME Bank, Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar berkata, taklimat itu memberi panduan kepada peserta untuk mereka menyediakan proposal perniagaan berkualiti.

Menurutnya, ia bukan saja memberi penerangan mengenai pertandingan, malah sesi praktikal dan perbincangan dalam kumpulan.

“Kali ini, PMM dipilih sebagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk diberi pengetahuan mengenai pertandingan tersebut berbeza sebelum ini, kita laksanakan di kolej komuniti saja.

“Peserta diminta menyediakan draf proposal projek dan mendapat bimbingan secara langsung dari pegawai SME Bank,” katanya.

Katanya, ia merupakan kali pertama dibuka penyertaan kepada Politeknik Malaysia setelah penggabungan Kolej Komuniti dan Politeknik.

Taklimat tersebut dihadiri seramai 160 peserta termasuk pelajar dan pensyarah penasihat projek dari 30 institusi politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selatan.

Hadir sama, Pegawai Unit Keusahawanan, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Mohd Ali Hamzah dan Syerie Noer Hidayati Muhammad Basir.

CATEGORIES