PKNM-MRCSB jalin kerjasama buka peluang pekerjaan

PKNM-MRCSB jalin kerjasama buka peluang pekerjaan

SUNGAI UDANG 10 Jan. – Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) melakukan kunjung hormat di Petronas Penapisan Melaka Sdn. Bhd. (MRCSB), baru-baru ini.

Kunjungan hormat tersebut melibatkan perbincangan kerjasama antara kedua-dua pihak melibatkan perluasan peluang pekerjaan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat umum negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Ridhuan Affandi Abu Bakar berkata, perbincangan tersebut melibatkan pelbagai peluang yang dilaksanakan PKNM bersama MRCSB.

Jelasnya, inisiatif tersebut melibatkan pelbagai peluang pekerjaan meliputi keusahawanan, pekerjaan kontrak serta pelbagai lagi yang akan memberi manfaat khususnya rakyat tempatan.

“PKNM merupakan agensi kerajaan akan berkolaborasi dengan MRCSB dalam inisiatif mencari peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

“Saya yakin dengan kerjasama ini akan memperkukuhkan hubungan antara dua agensi ini dalam memperkasakan peluang pekerjaan buat rakyat negeri ini amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MelakaKini selepas kunjungannya di MRCSB, di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB, Hashim Majid serta Pengurus Kanan Bahagian Invest Melaka PKNM, Hairulzamani Othman.

486 Shares
CATEGORIES
TAGS