PKNM mengorak langkah dalami bidang perniagaan baharu

PKNM mengorak langkah dalami bidang perniagaan baharu

JOHOR BAHRU 31 Jan. – Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah mengorak langkah untuk mendalami bidang perniagaan baharu dalam sektor minyak dan gas sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan sektor ekonomi di Negeri Melaka amnya.

Sehubungan itu, baru-baru ini pihak pengurusan PKNM yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya , Ir Ridhuan Affandi Abu Bakar telah mengadakan perbincangan dengan pihak Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) baru-baru ini berkenaan sektor minyak dan gas.

Ridhuan dalam satu kenyatannya menjelaskan, perbincangan yang telah diadakan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada PKNM berkenaan penerokaan bidang perniagaan baharu dalam sektor minyak dan gas.

Jelasnya, beliau percaya apabila perniagaan baharu ini dimulakan kelak, ia akan memberikan manfaat kepada rakyat dan kerajaan Negeri Melaka keseluruhannya.

Antara yang turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut, Ketua Perancangan & Pembangunan JPDC, Mustafa Akbar Reza, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Abdul Bahar Bahari, Pengurus Bahagian Pengurusan Pelabur, JPDC, Abdul Rahim Ahad serta Penolong Setiausaha UPEN Melaka, Haniff Baharom.

JPDC merupakan agensi yang merangka dan membangunkan strategi untuk pembangunan industri minyak dan gas di Johor terutamanya projek mega di Pengerang Intergrated Petroleum Complex (PIPC).

603 Shares
CATEGORIES
TAGS