Pilihan Raya Kampus, 25 calon KKBBM terpilih

Pilihan Raya Kampus, 25 calon KKBBM terpilih

BUKIT BERUANG 11 Jan. – Seramai 25 calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM) disenaraikan dalam pilihan raya 2019.

Pilihan Raya Kampus itu, melibatkan tujuh calon Kerusi Umum dan 18 calon bagi Kerusi Program.

Pengarah KKBBM, Jamalluddin Mohd Ali berkata, seramai 419 pelajar KKBBM dari 461 pelajar telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi calon-calon tersebut.

“Keputusan rasmi melalui kertas undi telah diperolehi melalui pengiraan undi yang berlangsung selepas tempoh undian tamat petang semalam.

“Antara usul dikemukakan ialah kemudahan ruang ibadat (surau) yang lebih luas dan selesa untuk pelajar, kemudahan parkir motosikal untuk para pelajar.

“Selain, kemudahan wifi, kemudahan & fasiliti sukan serta memperbanyak aktiviti & nilai keusahawanan pelajar,” katanya.

Katanya, majlis penyerahan watikah JPP KKBBM yang baharu dijangka diadakan pada minggu hadapan.

CATEGORIES