Pihak berwajib digesa pantau infrastruktur pelancongan

Pihak berwajib digesa pantau infrastruktur pelancongan

BANDARAYA MELAKA 8 Nov. – Pihak berwajib digesa membuat pemantauan dan pemeriksaan infrastruktur pelancongan di tempat-tempat awam di bawah seliaan masing-masing sebagai persediaan Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019).

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Mohd Sofi Wahab berkata, TMM 2019 hanya tinggal sebulan lebih saja lagi.

Tetapi katanya, masih ada tempat-tempat awam didapati masih tidak ditambah baik dan bersedia menerima pelancong dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, antara kawasan didapati terbiar dan tidak dijaga adalah di kawasan rehat pintu gerbang Ayer Keroh berdekatan Petronas dan Hotel Seri Malaysia.

“Kawasan rehat pintu gerbang Ayer Keroh ialah pintu masuk utama ke Melaka dan jika tidak dijaga, ia akan memberi imej negatif terhadap negeri ini dan boleh menjejaskan sektor pelancongan negeri.

“Justeru, pihat berwajib perlu segera pastikan tempat pelancongan berkenaan diselenggara secara konsisten dan berada di tahap sempurna,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS