Pesakit kritikal : Waris diminta hubungi pihak hospital

Pesakit kritikal : Waris diminta hubungi pihak hospital

BANDARAYA MELAKA 10 Jan. – Hospital Melaka (HM) meminta kerjasama bantuan orang ramai mengesan waris pesakit berbangsa Cina, Chung Yong Seng, 36, yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut sejak 7 Januari lalu.

Yong Seng yang terlantar di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Mawar, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Justeru, pegawai perubatan bertugas berharap warisnya dapat hubungi pihak hospital secepat mungkin memaklumkan mengenai kondisi kesihatannya.

Bagi yang mengenali pesakit terbabit, boleh hubungi Unit Perhubungan Awam HM di talian, 06-289 2344 sambungan 2056 / 2072 atau terus hubungi Wad ICU Mawar di talian 06-289 2344 di sambungan 2772 / 2773.

594 Shares
CATEGORIES