Perbincangan projek  KLIP & Melaka Gateway dipercepatkan

Perbincangan projek KLIP & Melaka Gateway dipercepatkan

AYER KEROH 6 Dis. – Kerajaan negeri akan memutamadkan perbincangan bersama kerajaan Negeri Sembilan mempercepatkan proses persepadanan maritim bagi memudahkan projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dilaksanakan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Wilayah telah memberikan komitmen untuk menyelesaikan masalah ini.

Menurutnya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melibatkan pengambilan tanah dan Kementerian Wilayah melibatkan wilayah laut.

“Saya yakin kerajaan Negeri Sembilan akan memberi kerjasama baik bagi merealisasikan projek Kuala Linggi International Port.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengharapkan KLIP diteruskan kerana ia akan memberi impak ekonomi cepat terhasil dalam negeri,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.

Adly berkata, kerajaan negeri juga akan meneruskan projek Melaka Gateway sebagai pelabuhan pelancongan.

“Status tanah Melaka Gateway tidak timbul isu, ia dimiliki warga asing, sebaliknya dimiliki syarikat-syarikat temapatan dan KAJ Development Sdn. Bhd. masih memiliki tanah.

Katanya, jika projek ini dihentikan ia akan menyebabkan kerugian kepada syarikat tempatan, ini kita ambil maklum.

“Kerajaan negeri tidak ada isu, projek mega ini harus dihentikan, cuma kita akan lihat dari kaedah pelabuhan harus dibincangkan, Hasrat kerajaan kita mahu projek Crusie Terminal dijayakan secepat mungkin,” ujarnya.

171 Shares
CATEGORIES
TAGS