Penjawat awam perlu optimumkan masa di pejabat

Penjawat awam perlu optimumkan masa di pejabat

AYER KEROH 11 Jan. – Penjawat awam perlu bijak bahagikan masa dan mengoptimumkan masa bekerja semaksium mungkin, agar tidak mengganggu waktu bersama keluarga, beribadat serta masyarakat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembahagian waktu bagi menyelesaikan di pejabat amat penting terutama dalam urusan pentadbiran dan ia menjadi keutamaan kerajaan negeri bermula 2019.

Katanya, jika penjawat awam gagal menyelesaikan tugasan kerja yang diberi, walaupun masa bekerja telah digunakan sepenunya, pengisian penjawat perlu dibuat pagi pembahagian tugas supaya ia diselesaikan dalam tempoh yang dimahukan.

“Saya yakin waktu kerja bermula 8 pagi hingga 5 petang itu cukup untuk menyelesaikan (kerja), kalau tak cukup penilaian harus dibuat terhadap kerja itu.

“Atau pengisian penjawatan (dibuka) untuk memikul tugas masing-masing, ini adalah perkara yang wajar diberi keutamaan.

“Tidak perlu membawa urusan kerja ke rumah kerana ia akan mengganggu aspek lain,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di Seri Negeri, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adly turut menasihatkan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terus diberikan pembelaan sewajarnya.

Katanya, walaupun Melaka kini sedang pesat membangun, golongan B40 wajar dibantu dan pihak berwajib dinasihat tidak lalai menyampaikan bantuan kepada yang layak.

“Terutamanya melibatkan kebajikan, kewangan, perumahan, pekerjaan dan pendidikan, perkara ini wajar diberikan keutamaan,” katanya.

1.40K Shares
CATEGORIES