Penjawat awam diingat untuk sentiasa punyai semangat kesegeraan

Penjawat awam diingat untuk sentiasa punyai semangat kesegeraan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam di semua peringkat hendaklah sentiasa mempunyai rasa ‘kesegeraan’ dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, semangat itu penting terutamanya dalam menjayakan setiap yang dirancang kerajaan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.

“Pelaksanaan kedua-dua perkara ini adalah kritikal dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, persoalannya bagaimana kita sebagai tenaga kerja atau pendayung-pendayung kepada bahtera yang bernama Malaysia boleh menyahut cabaran ini,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Kajian Separuh Penggal RMK11 dan Pasca Belanjawan 2019: Satu Analisis, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Perkhidmatan Awam, Datuk Suhaimie Mahbar.

Forum tahunan sejak 2006 anjuran Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam Institut Tadbiran Awam Negara yang diadakan secara tertutup dan dihadiri pegawai perkhidmatan awam daripada pelbagai agensi.

CATEGORIES

COMMENTS