Pengiktirafan UEC perlu ambil kira sensitiviti semua kaum – Dr Mahathir

Pengiktirafan UEC perlu ambil kira sensitiviti semua kaum – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan cadangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum dan bukan hanya kelompok tertentu sahaja.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dan sensitif terhadap semua kaum dalam negara untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan.

“Saya tak kata saya tolak (UEC). Saya cuma kata ada sensitiviti dalam kalangan orang Melayu dalam perkara ni dan kita ambil kira semua sensitiviti termasuk orang Cina, orang India, Orang Asli dan lain-lain kaum di Malaysia.

“Kalau kita tidak sensitif, maka kita tidak akan menang dalam mendapat sokongan rakyat. Kalau saya kata orang Melayu sensitif berkenaan perkara ini, tidak bermakna saya tidak sensitif terhadap orang lain,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata laporan media terhadap kenyataannya berhubung UEC sebelum ini tidak tepat dan tidak seperti apa yang dikatakan beliau.

CATEGORIES