Gangguan seksual: Pengarah Eksekutif dilapor polis

Gangguan seksual: Pengarah Eksekutif dilapor polis

CHEE Yee, beri kerjasama pada PDRM.

AYER KEROH 1 Sept. – Seorang Pengarah Eksekutif sebuah agensi kerajaan negeri dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap pembantu setiausahanya, menerusi laporan polis yang dilakukan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan laporan berkenaan.

Memetik laporan polis, mangsa memberitahu, Pengarah Eksekutif berkenaan telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran dan menyebarkannya kepada orang lain.

Menurut laporan itu lagi, gangguan itu turut disusuli dengan beberapa mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai laporan polis terbabit.

Katanya, kerajaan negeri akan menunggu siasatan penuh selesai terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

“Sebelum siasatan selesai, saya tidak ambil tindakan, tetapi kerjasama sepenuhnya akan diberi kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya juga akan berjumpa dengan Pengarah Eksekutif itu untuk memahami situasi sebenar,” katanya.

CATEGORIES
TAGS