Pembinaan loji di Taman Seri Duyong 2 beri kesan kepada penduduk

Pembinaan loji di Taman Seri Duyong 2 beri kesan kepada penduduk

AYER KEROH 4 Dis. – Satu mesyuarat teknikal akan diadakan hari ini bagi membincangkan isu projek pembinaan loji di Taman Seri Duyong 2 yang mendatangkan masalah kepada penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, mesyuarat melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi dan syarikat terlibat dalam pembinaan projek itu.

DAMIAN

Katanya, mesyuarat itu membincangkan seluruh aspek yang diambil kira melalui pembinaan projek itu melibatkan pendawaian, perpaipan dan sebagainya.

Menurutnya, ia merupakan satu langkah penyelesaian yang perlu diselesaikan kerana projek itu mendatangkan permasalahan kepada penduduk.

Jelasnya, pada mesyuarat itu juga akan mengusulkan satu perbincangan sama ada projek terletak pada keluasan tanah yang kecil itu akan diteruskan atau dialihkan ke tempat lain.

“Semua agensi terlibat akan membincangkan isu pembinaan projek ini dan keputusan akan dimaklumkan kepada penduduk tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Laporan MelakaKini disiarkan minggu lalu, isu pembinaan loji oleh sebuah syarikat konsortium itu telah mendatangkan permasalahan kepada penduduk.

Ianya turut memberi kesan apabila penduduk dihimpit sebuah lagi projek perumahan yang dibangunkan serentak dengan pembinaan loji di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Damian berkata, penduduk mahukan penjelasan dari pihak pemaju kerana tiada sebarang notis diberikan kepada penduduk.

Ujarnya, perkara itu memerlukan perbincangan dan makluman kepada penduduk agar penduduk tidak tertanya-tanya mengenai pembinaan tersebut.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan dan sekiranya ada maklumat berkaitan projek perlulah dijelaskan kepada penduduk supaya tiada salah faham berlaku,” katanya.

CATEGORIES