Pemasangan meter pintar , temu janji awal perlu – TNB

Pemasangan meter pintar , temu janji awal perlu – TNB

AYER KEROH 7 Dis. – Temu janji awal perlu ditetapkan oleh pengguna bagi memudahkan urusan pemasangan meter pintar di kediaman domestik di Negeri Melaka.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, pengguna yang telah menerima makluman mengenai pemasangan meter itu peru memberi maklum balas awal melalui pos atau serahan tangan selewatnya dalam 30 hari sebelum pemasangan.

Jelasnya, pengguna diminta hubungi bantuan TNB di talian 1-300-88-5454 pada waktu pejabat jam 8 pagi hingga 5.15 petang atau datang ke pejabat TNB.

Menurut kenyataan itu, individu dewasa perlu berada dalam premis semasa pemasangan meter pintar, jika premis tiada penghuni temu janji akan dijadualkan semula.

“Pemasangan meter pintar merupakan sebahagian usaha TNB memperkasa dan meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi teknologi terkini.

“Kelebihan utama meter pintar ialah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah,” katanya.

Sehingga kini, TNB telah menukar kira-kira 100,000 meter pintar daripada 340,000 meter di negeri ini.

“Malah, pemasangan meter pintar akan diperluaskan secara berperingkat ke negeri lain mulai tahun depan sehingga selesai di seluruh negara pada 2022.

167 Shares
CATEGORIES