Pelanggaran 3 kenderaan : Lebuh Raya PLUS sesak hampir dua jam

Pelanggaran 3 kenderaan : Lebuh Raya PLUS sesak hampir dua jam

ALOR GAJAH 10 Jan. – Beginilah keadaan lori treler yang terbalik dan menghalang laluan jalan raya di Lebuh Raya PLUS di Kilometer 197.7 arah utara di sini, semalam.

Akibat pelanggaran membabitkan tiga buah kenderaan itu, laluan lebuh raya di situ sesak hampir dua jam dalam kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Alor Gajah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz yang mengesahkan kemalangan itu berkata, pelanggaran dua treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang kira-kira empat kilometer menghala ke arah utara.

CATEGORIES