Pelajar SMK Rahmat berdebar tunggu keputusan SPM sebentar lagi

Pelajar SMK Rahmat berdebar tunggu keputusan SPM sebentar lagi

MASJID TANAH 13 Mac – Gemuruh. Beginilah situasi di antara ibu bapa dan pelajar yang sanggup berteduh di khemah yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat demi menantikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal di serahkan sebentar lagi.

Keputusan yang baharu sahaja tiba pada jam 11:28 pagi tadi masih di dalam proses pengagihan mengikut kumpulan bilik darjah di sekolah terbabit.

Keadaan menyaksikan debaran pelajar SPM sehinggakan ada antara mereka sanggup menunggu di pekarangan sekolah seawal pagi tadi bagi nenantikan keputusan peperiksaan berkenaan.

Keputusan itu akan diserahkan di atas pentas di hadapan pekarangan sekolah ini sebentar lagi dan diserahkan mengikut kelas aliran mata pelajaran yang diambil.

CATEGORIES