Paramasivam maut kemalangan

Paramasivam maut kemalangan

BANDARAYA MELAKA 11 Jan. – Seorang warga emas, K. Paramasivam, 60, maut apabila motosikal ditunggangi terbabas dalam kemalangan di Jalan Bachang di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan mendapati, semasa kemalangan mangsa dalam perjalanan dari lampu isyarat Bachang ke Pasar Borong, Batu Berendam.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan dan menyebabkan dia jatuh di jalan raya.

“Mangsa yang cedera di bahagian dada, disahkan mati di tempat kejadian akibat kemalangan tersebut,” katanya bagaimanapun, mayat mangsa dihantar ke Hopsital Melaka (HM) untuk dibedah siasat.

Jelasnya, motosikal mangsa ditahan bagi pemeriksaan Puspakom dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya.

2.73K Shares
CATEGORIES