Ops Judi : 19 kaki judi ditahan JAIM

Ops Judi : 19 kaki judi ditahan JAIM

BANDARAYA MELAKA 10 Jan. – Seramai 19 lelaki Islam ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam beberapa serbuan Ops Ekor di lebih 18 kawasan sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak minggu lepas.

Dari jumlah itu, 15 orang adalah lelaki tempatan dan dua warga asing beragama Islam dari Indonesia dan Bangladesh berusia antara 35 hingga 68 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, Ops Ekor itu bermula 2 Januari lalu sehingga semalam, hasil aduan orang ramai berikutan wujudnya kegiatan judi melibatkan umat Islam.

“Semalam, kita telah menahan empat lagi lelaki Islam yang sedang membeli nombor ekor dan salah seorang darinya berumur 42 tahun membeli sehingga tujuh keping tiket nombor ekor.

“Dalam serbuan itu, pihak kami turut merampas 12 tiket nombor ekor yang dibeli oleh pelanggan Islam terbabit,” jelasnya.

CATEGORIES