MUSA mahukan pemain ’04’ dalam pasukan

MUSA mahukan pemain ’04’ dalam pasukan

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) sedang mengesan anak Melaka dan juga bekas pemain Melaka United (MU) sebagai persediaan jentera pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2019.

Presidennya, Adly Zahari berkata, langkah itu dibuat bagi menghidupkan semula semangat ’04’ dalam arena sukan bola sepak Melaka.

“Sekarang ini fokus kita adalah menilai semula pemain MU, dalam masa sama menarik semula pemain-pemain yang berasal dari Melaka seluruh negara.

“”04′ ini kita tengah cari, ini antara inisiatif kita, kerana saya yakin semangat ’04’ ini akan kembali termasuk dengan (pengambilan) bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Termasuk para pemain yang berada dalam skuad Piala Presiden dan Piala Belia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen, di sini sebentar tadi.

517 Shares
CATEGORIES
TAGS

COMMENTS