MU terkilan gagal pikat Faiz

MU terkilan gagal pikat Faiz

MELAKA United (MU) yang dikatakan hampir pasti menjadi destinasi Faiz Nasir hanya mampu terkilan selepas bekas tonggak Terengganu FC (TFC) itu telah menandatangani kontrak semusim bersama Selangor minggu lepas.

FARHAN

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim berkata, MU gagal mendapatkan khidmat pemain digelar ‘Messi Ganu’ itu selepas Selangor mungkin membuka tawaran lebih baik, diikuti beberapa faktor lain.

“Ia dah ‘sign’ kontrak dengan Selangor, tetapi kita ada pemain lebih baik dari dia dan masih dalam proses rundingan,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu pada mulanya dikhabarkan hampir pasti ke Melaka beberapa minggu lalu, sebelum menamatkan khabar angin perpindahannya dengan memilih Red Giants sebagai destinasi pilihan.

1.03K Shares
CATEGORIES
TAGS