MU lupakan khidmat import kelima

MU lupakan khidmat import kelima

MELAKA United (MU), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan tiada pemain kuota ASEAN akan diambil musim ini bagi menghormati bajet kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2019 yang terhad, namun segala keputusan akan diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari selepas aksi pra-musim di Vietnam pada 16 Januari depan.

MUSA pada 25 Oktober lalu mengumumkan MU akan berkempen dengan bajet tidak melebihi bajet RM18 juta musim ini sebagai langkah penjimatan berbanding Rm23 juta musim lalu.

Mohd Yusoff berkata, perbincangan mengenai pengambilan pemain kuota ASEAN akan dibuat bersama Adly semasa post-mortem melihat kelemahan dan kekuatan MU selepas menguji kekuatan di negara jiran.

“Kita sedang melihat, wujud elemen mendesak atau tidak, jika perlu baru kita akan ambil kerana kita berdepan dengan faktor kewangan.

“Jika kewangan mengizinkan, mungkin kita ambil dan jika tidak, mungkin kita lupakan sahaja khidmat kuota ASEAN untuk tahun ini.

“Pemain itu masih lagi dalam radar kita, cumanya tidak dapat tentukan dan saya akan minta kata putus dari Adly selepas post-mortem dilakukan, dari situ kita akan tahu kuota ASEAN itu amat diperlukan atau cukup dengan empat pemain import sahaja,” katanya.

Sementara itu, MU akan terbang ke Vietnam esok pada jam lima petang dan dijadual bertemu beberapa kelab disana bagi menguji persiapan pasukan menjelang aksi Liga-M yang akan bermula tidak lama lagi.

803 Shares
CATEGORIES