MU intai ‘Messi Ganu’ ?

MU intai ‘Messi Ganu’ ?

ARKITEK tengah Terengganu FC (TFC), Faiz Nasir dilaporkan berada dalam pemerhatian Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan Melaka United (MU) menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut sumber dalaman MUSA, kemasukan pemain persis Lionel Messi itu akan dipastikan setelah Zainal Abidin Hassan menandatangani kontrak bersama pasukan berkenaan sebagai Ketua Jurulatih baharu, minggu depan.

Jelas sumber, nama Faiz pada mulanya tiada dalam senarai, namun ia terpulang kepada Zainal, jika beliau mahu mendapatkan khidmat jentera tengah TFC itu selepas menandatangani kontrak.

“Faiz belum konfom, setakat ini hanya khabar angin, berdasarkan senarai pemain yang Zainal mahukan, Faiz tiada dalam senarai kerana setiap Ketua Jurulatih punyai pakej (pemain) mereka sendiri.

“Walaupun tiada dalam senarai Zainal, dengarnya MUSA berhajat juga memikat beliau untuk dibawa ke MU musim depan, namun keputusan terpulang kepada Zainal dan pihak pengurusan,” katanya kepada MelakaKini.

Sementara itu, pada 9 November lalu, Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim mendedahkan pemain skuadnya bagaikan ‘pisang goreng panas’.

Ianya apabila sebahagian besar anak buahnya menerima lamaran dari pasukan lain selepas aksi final Piala Malaysia ketika bertemu Perak, baru-baru ini.

Tawaran itu katanya, tidak hanya membabitkan pasukan Liga Perdana dan Liga Super, malah pemain importnya turut diintai kelab dari luar negara.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS