MPP KUIM kunjung hormat Mufti Wilayah Persekutuan

MPP KUIM kunjung hormat Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA 12 Feb. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini, menerima kunjungan hormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (MPP KUIM), di sini.

Kunjungan diketuai Presiden MPP KUIM, Mohamad Mahfuz Mahmud itu bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat
dalam mendepani amanah sebagai pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan disegani pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, pihak kami menzahirkan penghargaan kepada Datuk Zulkifli kerana menerima baik kunjungan hormat ini dan merasakan pertemuan hampir dua jam itu banyak memberikan semangat dan motivasi kepada kami semua.

“Antara amanat disampaikan seperti tidak meninggalkan solat malam, berbakti kepada ibu bapa, menghormati barisan
pensyarah dan paling utama ialah menjadi umat Nabi Muhammad yang takhasus dalam bidang yang diceburi dan tidak mudah berputus asa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor KUIM. Prof. Dr. Radzai Said menzahirkan perasaan bangga kepada pihak MPP KUIM atas
jalinan kerjasama yang utuh bersama Mufti Wilayah Persekutuan.

“Melalui pertemuan yang dirancang ini, saya percaya barisan MPP KUIM yang dilantik ini mampu menjadi modal insan yang bertanggungjawab dan berintegriti apabila mereka bekerja nanti,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Program, Mohd Firdaus Helmi Mohd Saad dan barisan MPP KUIM sesi 2018/2019.

CATEGORIES