MLBB: Bagaimana Hanzo menukar corak pertempuran

MLBB: Bagaimana Hanzo menukar corak pertempuran

INDUSTRI permainan alam maya kini sudah tidak lagi asing, antara yang terkenal buat ketika ini adalah aplikasi permainan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang sudah memiliki lebih 10 juta pengguna.

Pemainan ini yang menggunakan konsep lima lawan lima amat menagihkan, tampah mudah, namun ia lebih sukar dari apa yang dijangka.

Sedikit info tentang permainan ini, pengguna pada mulanya perlu membuat akaun, perkara ini antara yang wajib dibuat untukkali pertama.

Dan amaran buat pengguna, kelajuan internet serta spesifikasi telefon pintar turut memainkan peranan, jika tidak anda berkemungkinan mengalami tekanan.

Okay, masuk ke alam permainan, MLBB terbahagi kepada tujuh tangga (lagi tinggi maknanya lagi hebat seseorang itu), bermula dengan warrior, elite, master, grandmaster, epic, legend dan Mythic.

Mempunyai 72 watak hero yang boleh dimainkan dan terbahagi kepada enam peranan berbeza mengikut medan perang MLBB dan strategi pemain.

Watak-watak yang diberi secara percuma ketika memasuki MLBB adalah Layla dan Balmond (berbeza mengikut musim), manakala selebihnya perlu dibeli menggunakan ‘battlepoint’ (diperoleh melalui perlawanan, menjual barangan dan membuka hadiah) serta tiket.

Perlu dititikberatkan, keseimbangan hero mengikut peranan di medan perang MLBB adalah keutamaan, bagaimanapun ia boleh ditukar berdasarkan strategi dirangka setiap pasukan dan pemain.

Namun, kecenderungan memilih watak yang memiliki peranan sama dan tidak menitikkan keseimbangan kebiasaannya lebih mudah tumpas. Di sini, pengalaman memilih watak berdasarkan kepakaran memainkan peranan penting dalam corak pertempuran.

Itu cerita serba ringkas mengenai MLBB, beralih kepada watak yang baharu dikeluarkan, iaitu Hanzo.

Karakter yang berperanan sebagai ‘assassin’ di dalam MLBB ini sangat merbahaya, jika tidak dihuni tubuh asalnya. (Keistimewaan Hanzo adalah di skill ‘terkuatnya’, dimana beliau diberikan 30 peratus kepantasan dan 20 peratus kepantasan serangan).

Memiliki kebolehan menaikkan ‘level’ dengan kadar pantas menggunakan ‘skill’ dimilikinya. Hanzo mampu mendominasi perlawanan dengan mudah, jika tiada pemain yang mampu merangka taktik menghentikan gerakannya.

Hanzo yang datang dari keluarga ninja, memiliki tiga ‘skill’ yang merbahaya dan boleh keluar masuk kawasan pertahanan musuh dengan mudah.

Pengenalan pemain ini tahun lalu agak menggerunkan pihak lawan kerana mampu menganggu rancangan lawan.

Bagaimanapun, melihat kepada reaksi pemain yang mahukan permainan yang seimbang, kekuatan Hanzo kemudiannya disemak semula, dan beliau diberikan nyawa yang agak kecil.

Tetapi, kerosakannya yang mampu dibuatnya masih lagi agak tinggi, hero ini masih lagi menjadi antara hero yang diggemari pemain dan mempunyai potensi agak tinggi untuk memenangi perlawanan dengan kewujudannya.

Setelah agak lama mewujudkan rasa takut dalam arena MLBB, pemain mula mewujudkan strategi menahannya dari terus merosakkan rancangan disusun lawan.

Berikut adalah skill Hanzo

Pasif ‘Blood Demon’- Menyerap nyawa musuh ke dalam tubuhnya untuk digunakan sebagai tenaga ketika menggunakan ‘Ultimate’, memeroleh dua Blood Demon jika membunuh karakter bukan wira, dan 10 Blood Demon berjaya membunuh wira.

Lebih banyak Blood Demon yang dikumpul, lebih lama skill ‘ultimate’ dapat digunakan, namun terhad had.

Skill 1 – Mampu menelan raksasa di dalam perlawanan untuk menaikkan ‘level’ dengan pantas dan hanya boleh digunakan ke atas ‘creep’ dan ‘minion’.

Penggunaan skill ini ke atas ‘Lord’ akan memberikan 500 mata ‘True Damage’.

Skill 2 – Hanzo membuka ‘pusaran roh’ yang menyebabkan lawan terkena serangan itu menerima kesakitan sehingga 60 peratus serangan fizikal dan mampu bertahan sehingga 4.5 saat. Setiap pusaran yang dibuka memberi Hanzo Blood Demon.

Skill 3 – Hanzo bertukar kepada mod roh, dimana ketika ini beliau sangat merbahaya berdasarkan ‘damage’ yang dilakukannya.

Dalam pada itu, terdapat juga watak yang boleh melawan Hanzo dengan mudah.

Natalia – Pasif watak ini yang memiliki ilmu menyembunyikan diri dari pandangan lawan selama empat saat merupakan antara hero digemari, jika lawan memilih menggunakan Hanzo.

Ini berikutan Hanzo perlu menyembunyikan diri ketika mahu menyertai perang atau melakukan siri pembunuhan ketika perlawanan berlangsung, dan ini memberi peluang untuk pengguna Natalia mencari tubuh asal Hanzo untuk dibunuh serta merta.

Saber – Hero ini amat digemari pemain proffesional. ‘Skill’ yang dimilikinya bukan sahaja mampu meneutralkan peranan Hanzo di medan perang, bahkan memudahkan beliau dicari ketika bersembunyi di dalam semak.

Aldous – Pemilihan Aldous bukan sahaja menggerunkan musuh ketika perlawanan diheret ke tempoh yang panjang, dimana ia memberikan ruang buat pengguna Aldous untuk mendominasi perlawanan dengan mudah.

Sama seperti Saber, Aldous turut memiliki ‘skill’ untuk melihat kesemua musuh menggunakan ‘ultimate’ dimilikinya termasuk yang bersembunyi di dalam semak.

 

Sumber : Gramixx_Esport

CATEGORIES