Milunovic yakin MU mengaum

Milunovic yakin MU mengaum

LUKA Milunovic yakin Melaka United (MU) mampu memberi cabaran sengit terhadap pasukan lawan semasa kempen Liga Malaysia 2019 (Liga-M 2019) berdasarkan persediaan dan kekuatan pasukan.

Milunovic yang bermain di posisi menyerang dan sedang diteliti Zainal Abidin Hassan antara tiga pemain import yang dibawa masuk oleh Pengurus Pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Sehingga kini, Milunovic sudah menjaringkan dua gol menerusi dua perlawanan pra-musim, iaitu ketika bertemu Selangor United (minit-64) dan Negeri Sembilan (minit-14).

“MU memliki segala potensi dan kelebihan untuk muncul sebagai pencabar yang mampu menduduki takhta liga bagi musim Liga-M 2019.

“Lihat saja keputusan diraih semasa perlawanan pra-musim, ia memberikan bayangan kelab sangat positif, apatah lagi pemain yang dibawa masuk memberikan komitmen seratus peratus di atas padang,” katanya.

Bagi Mohd Yusoff, potensi sebenar Milunovic masih lagi belum menyerlah sepenuhnya kerana posisinya ialah pembantu penyerang.

Katanya, produktiviti sebenar pemain berusia 26 tahun berasal dari Serbia itu akan dilihat ketika diganding bersama penyerang import yang akan dibawa masuk Rabu ini.

Dalam pada itu, dikhabarkan MU akan menguji bekas penyerang import Felcra FC yang memiliki reputasi sebagai penggempur berbisa musim lepas.

122 Shares
CATEGORIES
TAGS