Menjelang perayaan Krismas : 51 kanak-kanak kurang mampu dirai

Menjelang perayaan Krismas : 51 kanak-kanak kurang mampu dirai

BANDARAYA MELAKA 7 Dis. – Seramai 51 kanak-kanak kurang berkemampuan diraikan sempena menyambut perayaan Hari Natal tidak lama lagi.

Pengurus Besar Hotel Ramada Plaza, Klaus Sennik berkata, kanak-kanak itu datangnya dari Yayasan Sunbeam Melaka dan Rumah Harapan Kanak-kanak Bukit Baru diraikan bagi merealisasikan hajat mereka menjelang perayaan Krismas.

Jelasnya, menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran hotel itu, pihaknya akan melayani setiap hasrat yang diingini kanak-kanak menggunakan sekeping kad yang digantung pada pokok Krismas di lobi hotel itu.

Katanya, ia merupakan hadiah yang diidamkan mereka menjelang Krismas dan pihaknya mengalu-alukan orang ramai bersama memberi bantuan kepada mereka.

“Kami percaya perkongsian ini merupakan satu semangat dalam meraikan golongan kurang mampu ini yang menjadi teras utama penubuhan kami,” katanya.

Pada program itu, sebatang pokok Krismas dihiasi dengan lampu berwarna-warni telah dilancancarkan Klaus Sennick bersama tetamu lain.

CATEGORIES