Melaka tuan rumah ‘World Cup Kabaddi 2019’

Melaka tuan rumah ‘World Cup Kabaddi 2019’

AYER KEROH 7 Nov. – Sempena Kejohanan Kabaddi Piala Dunia (World Cup Kabaddi) 2019 yang akan berlangsung di Hotel Temasik, Ujong Pasir, Persekutuan Kabaddi WKF Malaysia akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema kejohanan.

Menurut Presiden Persekutuan Kabaddi WKF Malaysia, S.T. Arasu, pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat.

Katanya, persekutuan menyediakan USD1,000 kepada pemenang tempat pertama dan lagu tersebut akan digunakan untuk semua promosi di media cetak dan elektronik.

“Ini termasuk semasa kejohanan berlangsung dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2018,” katanya.

Arasu berkata demikian kepada MelakaKini selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Jawatankuasa Penganjur World Cup Kabaddi 2019 iaitu Pengerusi Protokol, Joseph Sta Maria, Pengerusi Media, Veera Pandiyan Manickam dan Pengerusi Pengangkutan, N. Nipularajah.

sementara itu, Kejohanan World Cup Kabaddi 2019 akan berlangsung pada 2 April-15 April 2019.

Jelas Arasu, kunjungan hormat tersebut bertujuan mencadangkan Mohd Khalil sebagai Penaung dan mengundang beliau hadir pada majlis ‘oficial lunching’ pada 17 November di Hotel Temasik.

“Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah bersempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019) di samping tarikh 15 April merupakan cuti umum sempena Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah,” jelasnya.

Lebih 40 negara yang melibatkan lebih 1,000 delegasi telah mengesahkan penyertaan melibatkan dua acara iaitu lelaki (32 negara) dan wanita (24 negara).

379 Shares
CATEGORIES
TAGS

COMMENTS