Melaka terpilih perluas khidmat ‘Fave’

Melaka terpilih perluas khidmat ‘Fave’

BANDAR HILIR 11 Jan. – Terkenal sebagai peruncit atas talian di Asia Tenggara, ‘Fave’ memilih Melaka sebagai lokasi memperluaskan perkhidmatannya kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, pemilihan itu selaras dengan Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan.

Menurutnya, Fave peruncit terkenal yang menyedia atau boleh membayar tanpa wang tunai buat penggunannya.

“Kali ini Fave pilih Melaka untuk perluas khidmatnya dengan memberikan pemilik perniagaan dan pengguna pilihan menggunakan platform di negeri ini.

“Ini penting dalam membina negara tanpa tunai, sekali gus membolehkan perniagaan tempatan memperluaskan perniagaan mereka menggunakan teknologi inovatif Fave,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Fave di Padang Dataran Pahlawan Bandar Hilir di sini, hari ini.

Jelasnya, setakat ini kira-kira 150 pemilik premis perniagaan di Melaka menggunakan khidmat Fave buat pelangganya.

“Fave terus perkembang khidmatnya di Melaka untuk menyokong perniagaan dan permintaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia.

“Antara peniaga terlibat seperti Encore Melaka, Jonker 88, Jonker Street Chicken Balls Balls, A’Famosa Resort Hotel, Gold Coast Melaka, Melaka Theme Park & Resorts dan lain-lain,” katanya.

Ujarnya, kerajaan negeri percaya kerjasama bersama Fave mampu meningkatkan kejayaan ekonomi Melaka dan Malaysia.

“Ia dapat menyokong perniagaan tempatan di negeri ini, sekali gus menjadi lokasi utama perkembangan Fave,” katanya.

Hadir sama, Pengasas Bersama Fave, Yeoh Chen Chow.

CATEGORIES