Melaka akan bangunkan taman rekreasi – Adly

Melaka akan bangunkan taman rekreasi – Adly

BUKIT BARU 12 Feb. – Pelbagai inisiatif akan diambil untuk pembangunan taman rekreasi di negeri ini, yang bakal memberi manfaat kepada penduduk.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembangunan terbabit melibatkan taman permainan, trek pejalan kaki dan beberapa fasiliti lain.

Menurutnya, pembangunan taman rekreasi perlu selari dengan kehendak Kementerian Wilayah Persekutuan yang merancang mewartakan 250 ekar tanah taman awam di seluruh negeri.

“Kawasan lapang perlu dikekalkan untuk pembangunan taman rekreasi.

“Kerajaan negeri sudah menetapkan beberapa zon tertentu untuk pembangunan taman rekreasi, namun pelbagai usaha akan dilakukan dalam meningkatkan keperluan taman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada lawatannya di tapak Taman Rekreasi Taman Datuk Palembang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Adly berkata, penduduk perlu memberi kerjasama terhadap pembangunan lain di kawasan terbabit bagi memudahkan kerja menaik taraf dilakukan.

“Pembangunan taman rekreasi di taman ini penting untuk masyarakat menjadikan kawasan terbabit sebagai tempat untuk beriadah.

“Selain, beberapa masalah lain akan diselesaikan termasuk sistem kumbahan dari pembangunan di kawasan itu,” katanya.

1.44K Shares
CATEGORIES