MBMB Warriors FC ungguli juara Divisyen 2

MBMB Warriors FC ungguli juara Divisyen 2

SAMB FC menutup tirai Divisyen 1 Liga Melaka 2018 dengan gelaran johan selepas menumbangkan Persibu FC 3-0 di Padang 10, Wisma MUSA, malam Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, SAMB beraksi selesa kerana telah mengesahkan kejuaraan lebih awal dengan pungutan 26 mata.

Manakala, Persibu FC yang berada di kedudukan ke-12 liga hanya mengutip sembilan mata sepanjang musim ini dan terpaksa berdepan SAMB FC dalam keadaan tertekan bagi mengelakkan penyingkiran.

Selaku pasukan juara Divisyen 1, SAMB FC menerima piala serta hadiah wang tunai bernilai RM15,000, diikuti Masjid Tanah FC di tempat kedua, manakala Hulubalang FC dan BSN FC menerima RM3,000 selaku pemenang tempat ketiga dan keempat.

Selaku juara Divisyen 1 2018, SAMB FC akan mewakili Melaka dalam saingan Liga M4 musim depan.

Liga M4 adalah sebuah liga amatur yang akan dimainkan secara ‘home away’ dengan setiap pasukan bakal punyai 30 perlawanan selain turut akan bermain di peringkat awal saingan Piala FA 2019.

Bagi pentas akhir Divisyen 2 liga itu pula, MBMB Warriors FC dinobatkan juara divisyen berkenaan walaupun terikat tanpa jaringan ketika bertemu Andalas FC dan dibezakan dengan keseluruhan perbezaan jaringan sepanjang musim.

Pertemuan dua pasukan itu merupakan sambungan dari perlawanan yang tertangguh pada 29 Oktober lalu di Stadium Hang Tuah.

Kedua pasukan, bagaimanapun mengesahkan kenaikan ke Divisyen 1 musim depan.

Selaku johan divisyen 2, MBMB Warrios FC membawa pulang wang tunai RM10,000, Andalas FC menerima RM6,000 selaku pasukan naib juara.

Manakala Panglima FC dan Gadong Perdana FC menerima RM2,000 selaku pemenang ketiga dan keempat.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS