MBMB anjur Majlis Munajat rai tahun baru

MBMB anjur Majlis Munajat rai tahun baru

MALIM 31 Dis. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraikan kehadiran tahun baru dengan program yang cukup bermakna menerusi penganjuran Majlis Munajat Menjelang Tahun Baru 2019 Masihi bersama warga MBMB, masyarakat dan Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Taman Asean di sini.

Pelaksanaan program itu sebagai tanda kesyukuran  kedatangan tahun baru selain medium mendoakan kesejahteraan kakitangan MBMB.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussain, berkata, ia juga sebagai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu menghargai segala kerjasama terjalin antara masyarakat setempat.

Menurutnya, pihak MBMB juga tidak lupa untuk meraikan penghuni Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin bagi menyemai sikap prihatin dalam diri warga MBMB.

“Menerusi majlis ini seramai 43 pelajar tahfiz telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang.

“Pihak kami juga menyumbangkan 5 unit penghawa dingin kepada pihak tahfiz yang akan dipasang di kelas pertubuhan tersebut bagi keselesaan pelajar-pelajar terbabit,” katanya kepada MelakaKini.

Turut Hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Omar Jaafar mewakili Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Hadir sama, Pengetua Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Datuk Minhat Hashim.

Majlis dihadiri lebih 500 tetamu itu diserikan dengan pelbagai acara solat hajat, solat dhuha, bacaan Yasin, tahlil dan kesyukuran dan kuliah dhuha.

851 Shares
CATEGORIES