‘Mat Redho’ dicalon Anugerah  Perdana Belia Negara 2018

‘Mat Redho’ dicalon Anugerah Perdana Belia Negara 2018

BANDARAYA MELAKA 8 Nov. – Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang mencalonkan atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau ‘Mat Redho’ sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Pencalonan tersebut berdasarkan kejayaan Mohd Redha, 30, yang menjuarai Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia, Isnin lepas.

Pada pertandingan itu, Mat Redho yang juga bekas pemenang program Fear Factor Malaysia menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 setelah berjaya melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat.

Beliau mengalahkan Jake Murray dari Amerika Syarikat dan peserta tuan rumah Cameron D’Silva yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengucapkan taniah atas kejayaan Mat Redho, “Tahniah Mat Redho atas kejayaan dalam ‘Ninja Challenge League 2018’.

“Saya sendiri ingin mencalonkan saudara Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

“Congrats bro! You are an inspiration to many Malaysians! (Tahniah saudara! Anda menjadi inspirasi bagi ramai rakyat Malaysia),” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, semalam.

CATEGORIES

COMMENTS