Masyarakat muslim bukti kesatuan ummah

Masyarakat muslim bukti kesatuan ummah

AYER KEROH 9 Feb. – Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat sejagat yang tidak bersifat perkauman.

Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan negara telah memberikan mereka kebebasan dan jaminan untuk mengamalkan nilai yang diajar oleh agama masing-masing.

“Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak negara merdeka lebih 60 tahun lalu.

“Justeru, kita harap keharmonian ini dapat terus dipelihara, dipupuk serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Melaka dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Mudzaffar di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Wong Fort Pin; Exco Perindustrian, Perdagangan & Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Presiden MACMA Malaysia, Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

CATEGORIES
TAGS