Majlis Belia India Melaka anjur program Teknik Menjawab soalan SPM 2018

Majlis Belia India Melaka anjur program Teknik Menjawab soalan SPM 2018

AYER KEROH 9 Nov. – Majlis Belia India Malaysia Melaka bersama Persatuan Pemuda India Melaka telah menganjurkan program Teknik Menjawab Soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 ‘Sigaram Thodu 2.0 di Auditorium Seri Negeri, baru-baru ini.

Seramai 120 calon SPM terdiri para pelajar hadir mengikuti program tersebut pada 31 Mac hingga 2 April 2018 di Kem Saujana Asahan.

Mereka didedahkan dengan teknik menjawab empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Sejarah dan Moral.

Setiap sesi berlangsung selama dua jam dan pelajar juga telah mengambil kesempatan ini untuk bertanya pelbagai soalan kepada guru-guru pakar subjek yang diundang khas.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM), Ridhwan Mohd Ali.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Negeri Melaka, Dhanesh Basil; Penyelaras Sigaram Thodu 1.0, B. Yogendran; Penyelaras Program Sigaram Thodu 2.0, L. Kulendran dan mantan Pengerusi MIYC Negeri Melaka, Mathivalagan.

CATEGORIES

COMMENTS