LTAM mampu tampung 1.5 juta penumpang setahun

LTAM mampu tampung 1.5 juta penumpang setahun

MOHD Sofi meninjau kemudahan di LTAM.

BATU BERENDAM 2 Nov. – Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) berkeupayaan menerima kira-kira 1.5 juta penumpang setahun.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, tapi pada tahun 2017 hanya 64,000 penumpang sahaja menggunakan LTAM.

Katanya, bagaimanapun sehingga September 2018 hanya 37,000 penumpang sahaja yang menggunakan LTAM.

Menurutnya, Melaka sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat yang ingin menjalankan penerbangan secara ‘chartered’.

“LTAM punyai kemudahan yang cukup dan jika kita boleh menambah baik infrastruktur, kemudahan dan faktor keselamatan dengan lebih baik, saya yakin perkhidmatan lapangan terbang ini dapat digunakan dengan seoptimum mungkin.

“Setakat ini, hanya Wings Air dan Malindo Air yang beroperasi di LTAM iaitu Wings Air bagi laluan Melaka-PekanBaru dan Malindo Air laluan Melaka-Penang. Masing-masing satu penerbangan sehari,” katanya.
selepas mengadakan lawatan ke LTAM di sini, Khamis lalu.

Turut hadir, Pengurus Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Mohd Nazri Mat Khalib; Ketua Operasi, Zalina Zakaria dan Ketua Kejuruteraan, Mohd Yusry Ngah.

181 Shares
CATEGORIES
TAGS