Lapan tangkapan setakat 12 Februari – Adly

Lapan tangkapan setakat 12 Februari – Adly

KOTA LAKSAMANA 12 Feb. – Sebanyak lapan tangkapan direkodkan setakat ini dalam operasi Maritim Malaysia di sekitar perairan Melaka/Negeri Sembilan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia menunjukkan peningkatan di mana pada tahun 2018 sebanyak 28 tangkapan di perairan tersebut.

Menurutnya, 28 tangkapan itu melibatkan 15 tangkapan di Melaka dan 13 di Negeri Sembilan.

“Hasil 15 tangkapan itu melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan dan isu-isu pengambilan pasir tanpa lesen.

“Ini antara perkara dibangkitkan, kerajaan negeri akan sentiasa meningkatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Adly berkata demikian pada sidang media sempena Lawatan Kerja Keselamatan Ketua Menteri Melaka di Kawasan Maritim Negeri Melaka di Kompleks ICQS Muara Sungai Melaka, hari ini.

Jelasnya, dengan peningkatan pemantauan tersebut, ia dapat menjaga keselamatan negeri dari gangguan asing dan sebagainya.

“Ini juga usaha kita bagi memastikan aset dan hasil kerajaan negeri sentiasa terjaga,” katanya.

CATEGORIES
TAGS