KRONOLOGI PERUBAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI MELAKA

KRONOLOGI PERUBAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI MELAKA

29 JUN 2018Hari Bersama Rakyat Perdana di Seri Bendahara akan dibuat setiap suku tahun di mana Ketua Menteri dan Exco-exco akan bertemu rakyat. Penjenamaan semula Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP) kepada Institut Tun Perak.

Ketua Menteri, Exco & Adun Isytihar Harta. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, proses isytihar harta itu akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

27 Jun 2018Kawasan kumbahan bakal jadi tapak perumahan. Kerajaan negeri berminat membangunkan kawasan kumbahan di negeri ini menerusi pelaksanaan projek perumahan mampu milik bagi menyelesaikan masalah perumahan membabitkan kalangan rakyat di negara ini.

26 Jun 2018Projek Tambak Pulau Upeh Dibatal. Kerajaan negeri memuktamad membatalkan semua projek tambahkan di sekeliling Pulau Upeh bagi memberi laluan Projek Angkat Pejabat Ketua Menteri Melaka itu dapat dilestarikan sebagai ikon pelancongan bagaru di negeri ini.

25 Jun 2018Tiada caj parkir di Jasin setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Tiada lagi kuasa kroni. Semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka tidak lagi punyai kuasa sebagai panel dalam Jawatankuasa Perolehan dan Tender dikuatkuasa kerajaan negeri, Jumaat lalu. Larangan yang berkuatkuasa minggu lalu memutuskan Ahli Majlis yang dilantik kerajaan hanya berkuasa sebagai pemerhati bagi menggelakkan pengaruh kroni selain memastikan ketelusan proses perolehan tender.

22 Jun 2018 – Tawar status MCL, Kerajaan tunai janji. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengabaikan hak pemilik tanah pajakan berstatus ‘leasehold’ yang didiami kepada tanah adat Melaka atau Malacca Customary Land (MCL) bagi menaik taraf nilaian hartanah masing-masing. Video disini

Kerajaan negeri perkenal JPR, Jawatankuasa Peduli Rakyat (JPR) yang menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diperkenalkan di negeri ini. Ianya bertujuan membantu kerajaan demi kesejahteraan rakyat, kata Ketua Menteri, Adly Zahari  Beliau berkata, kesemua JPR yang akan dilantik nanti mestilah mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memantapkan peranan dan fungsi masing-masing.

13 Jun 2018 –  Petak letak kereta percuma Sabtu & Ahad, sebanyak 14,115 petak letak kereta di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak akan dikenakan bayaran pada Sabtu dan Ahad. Arahan itu akan dilakasanakan bermula 15 Jun 2018 melibatkan 5,159 petak letak kereta yang berada dalam kawasan pusat bandar. Manakala baki 8,956 petak letak kereta berada di dalam kawasan selain pusat bandar.

11 Jun 2018 –  Semua Aktiviti Kutipan Hasil Hutan & Pasir Dihentikan. Kerajaan negeri akan menghentikan semua aktiviti kutipan hasil hutan dan pasir di negeri ini berkuatkuasa 1 Julai 2018 bagi menjamin kualiti dan kelestarian alam sekitar.

7 Jun 2018 – Sempena Aidilfitri, Penjawat awam Melaka terima RM1,000. Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan pemberian khas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada lebih 5,000 penjawat awam negeri ini. Jelasnya, pembayaran bonus itu akan dibuat dalam masa terdekat sebelum Aidilfitri pada 15 Jun depan.

5 Jun 2018 – Projek Insinerator Sungai Udang tidak terjejas. Projek pembinaan insinerator di tapak pelupusan sampah Sungai Udang bernilai RM1 bilion tidak akan terjejas walaupun tampuk pimpinan kerajaan bertukar. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek itu tidak akan dihentikan kerana ia merupakan antara tawaran Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah sampah yang kritikal di negeri ini.

2 Jun 2018 – Tanah Kediaman ‘Leasehold’ Boleh Ditukar Ke MCL. Pemilik-Pemilik Tanah Yang Terminât Boleh Menukar Status Tersebut Pada Bila-Bila Masa.

1 Jun 2018 – 6 jabatan & unit di bawah JKMM dimansuhkanKerajaan Melaka akan memansuhkan enam jabatan dan unit di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, agensi yang dimansuhkan itu ialah Bahagian Sahabat Belia (BSB), Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Majlis Pembangunan Ekonomi Negeri (MAPEN) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR). Bahagian Khidmat Masyarakat (BKM) dan Jabatan Landskap negeri turut dimansuhkan.

30 Mei 2018 – Kembalikan peranan Japerun. Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan terus berperanan sebagai ‘orang tengah’ yang menjadi penyalur maklumat kepada kepemimpinan kerajaan negeri bagi memastikan penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, fungsi Japerun juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat sekiranya dimanfaatkan dengan betul.

29 Mei 2018 – Jkm Tentukan Bantuan Pada Penerima. Sebelum ini permohonan bantuan JKM perlu mendapat kelulusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan.

Kerajaan Negeri Mansuh Jawatan Timbalan Exco. Dengan memansuhkan jawatan Timbalan Exco, maka exco akan menjalankan tugas mereka dengan lebih baik.

28 Mei 2018 – Jawatan Ketua Menteri hanya 2 penggalPakatan Harapan (PH) negeri akur tawaran yang dilakukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu apabila mereka bersedia menghadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, di peringkat negeri ini, beliau sendiri akan membuat ketetapan bahawa jawatannya memang untuk dua penggal sahaja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco akan datang.

25 Mei 2018 – Langkah berjimat demi kemakmuran ekonomi Melaka. Kerajaan negeri akan melaksanakan langkah berjimat cermat sebagai langkah memastikan setiap peruntukan dapat digunakan secara berhemah dan berkesan. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sebelum ini peruntukan khidmat masyarakat yang dibajetkan untuk setiap Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) sudah digunakan 90 peratus dan kini berbaki 10 peratus.

22 Mei 2018 – Penstrukturan semula kerajaan negeri, ‘Reposition’ untuk tingkat kualiti perkhidmatan. Proses ‘reposition’ beberapa penjawat awam dalam penstrukturan semula kerajaan negeri bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan,” kata Ketua Menteri, Adly Zahari. Jelasnya, beliau lihat dari segi kompetensi dan kemampuan mereka dan kerajaan negeri akan menilai dengan jujur apa yang telah mereka lakukan.

11 Mei 2018 –Adly Zahari angkat sumpah KM Melaka

326 Shares
CATEGORIES
TAGS