Konvokesyen Tadika JAIM Asy- Syakirin & Taman Bukit Beruang Utama raikan 84 kanak-kanak

Konvokesyen Tadika JAIM Asy- Syakirin & Taman Bukit Beruang Utama raikan 84 kanak-kanak

BANDARAYA MELAKA 8 Nov. – Seramai 84 kanak-kanak Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Asy-Syakirin dan Tadika JAIM Taman Bukit Beruang Utama diraikan pada Konvokesyen di Auditorium Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka, hari ini.

Majlis itu khusus untuk merai serta memberikan pengiktirafan kepada kanak-kanak Tadika JAIM yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Majlis itu juga bermatlamat memberikan motivasi, perangsang dan ingatan agar kanak-kanak ini dapat meningkatkan kesediaan diri.

Ianya dari aspek psikologi di samping kesediaan intelek untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang apabila melangkah ke alam persekolahan sebenar.

Majlis perasmian telah disempurnakan Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri, Nor Khairy Yusof mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Melaka Tengah JAIM, Laila Baba dan Penolong Pendaftar UiTM Kampus Bandaraya, Sharifah Salehah Syed Kadir.

CATEGORIES

COMMENTS