KISAH QARUN BIN YASHAR : DOA NABI MUSA KEPADA ALLAH S.W.T

KISAH QARUN BIN YASHAR : DOA NABI MUSA KEPADA ALLAH S.W.T

“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. (Surah Al-Qashash : 76)

 

Sepertimana ayat Al-Quran di atas adalah secebis kisah tentang Qarun. Beberapa riwayat disebut bahawa Qarun adalah salah satu ulama’ besar Bani Israel yang masih ada ikatan keluarga dengan Nabi Musa a.s. Qarun disebut dalam Al-Quran sebanyak tiga Surah iaitu Surah Al-Qashash, Surah Al-‘Ankabut dan Surah Al-Mu’min.

Qarun adalah sepupu Musa, anak dari Yashar adik kandung Imran ayah Musa. Nabi Musa dan Qarun adalah keturunan Yaqub. Ini kerana keduanya merupakan cucu dari Quhas putera Lewi, Lewi bersaudara dengan Yusuf anak dari Yaqub, hanya berbeza ibu. Salsilah lengkapnya adalah Qarun bin Yashar bin Qahit/Quhas bin Lewi bin Yaqub bin Ishaq bin Ibrahim.

Pemulaan kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki ramai anak. Pada suatu kesempatan, Qarun telah memohon Nabi Musa a.s untuk mendoakan kepada Allah S.W.T. Ianya telah meminta kekayaan harta benda, akhirnya permintaan tersebut telah dikabulkan oleh Allah S.W.T. Setelah Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah S.W.T. Kehidupan Qarun semakin berubah menjadi kaya raya. Malah memiliki gudang harta dan emas yang kunci gudangnya boleh diangkat oleh 10 orang yang bertubuh sasa dan kuat. Apabila saat Qarun leka dengan harta kekayaannya itu, maka Nabi Musa a.s telah mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk mengambil zakat dari orang-orang kaya Bani Israel termasuklah Qarun.

Namun begitu, apabila tiba utusan Nabi Musa a.s, saat mendatangi rumah mewah Qarun sebanyak tiga kali untuk mengambil zakat darinya. Tetapi Nabi Musa a.s telah diusir oleh Qarun. Tetapi sayang apabila keinginannya telah diberikan, Qarun telah menggunakan hartanya ke arah kesesatan, kezaliman, dan permusuhan serta membuatkan dirinya semakin sombong.

Dengan ini, kesombongan yang telah nyata dilakukannya itu berlakulah kemurkaan dari Allah S.W.T. Harta yang dimilikinya menyebabkan Allah S.W.T murka, dan menghancurkan serta membenamkan harta dan rumahnya ke dalam perut bumi, kemudian tenggelamlah keseluruhan hartanya dengan disaksikan oleh orang-orang Bani Israel. Oleh itu, tiada seorang pun yang dapat menolongnya serta menahannya daripada bencana yang telah Allah S.W.T turunkan kepadanya. Ini bertepatan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 39 :

Yang bermaksud : “Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa a.s dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).

Oleh yang demikian, sehingga saat ini, nama Qarun diabadikan kerana harta kekayaan yang dimiliki telah dibenamkan dan ditenggelamkan oleh Allah S.W.T. Hal ini kerana, Qarun enggan menunaikan zakatnya serta sombong dan angkuh ke atas kekayaannya itu. Maka seringlah kita dengar dan menemukan ‘Harta Karun’ dalam perut bumi. Semoga dari kisah yang dipaparkan di atas kita boleh mengambil hikmah dan ikhtibar darinya.

CATEGORIES
TAGS