Keupayaan anggota keselamatan negara setanding negara maju

Keupayaan anggota keselamatan negara setanding negara maju

BUKIT SERINDIT 7 Nov. – Keupayaan anggota keselamatan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain,” kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Menurutnya, kewibawaan mereka sepatutnya menjadi kebanggaan kepada negara yang rakyat cintai ini.

Justeru itu, rakyat Malaysia perlu menghargai dan berterima kasih kepada semua anggota keselamatan dan perkhidmatan awam yang sanggup berkorban memelihara ketenteraman dan keselamatan negara tanpa mengira waktu.

“Rakyat tidak perlu merasa rendah diri, sebaliknya perlu bangga kerana tentera darat pada hakikatnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju tersebut,” katanya.

Adly berkata demikian ketika berucap pada progam Persembahan Tattoo Perdana di Stadium Tun Fatimah di sini, baru-baru ini.

Program julung kali diadakan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob.

Penganjuran Persembahan Tattoo Perdana itu bersempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-80.

Hadirin juga turut dipersembahkan dengan persembahan mendebarkan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia dan persembahan dari Sekolah Menengah (SM) Katholik dan Jabatan Kesenian & Kebudayan Negeri Melaka.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Roslan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tattoo Perdana, Noor Effandi Ahmad.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS