Kes tumbuk : 2 lelaki ditahan, seorang lagi diburu polis

Kes tumbuk : 2 lelaki ditahan, seorang lagi diburu polis

BANDARAYA MELAKA 8 Feb. – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pengguna jalan raya yang ditumbuk di atas jambatan Jalan Pantai Klebang di sini, Isnin lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 32 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam semalam di Taman Johor Jaya, Johor Bahru oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, semua suspek yang berkerja di sebuah kedai peralatan sukan itu direman empat hari bermula semalam.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

“Manakala seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes terbabit sedang dikesan,” katanya kepada media.

Selasa lalu, sebuah video rakaman mengenai kejadian tumbuk telah tular di laman sosial Facebook.

Dalam rakaman berdurasi lebih satu minit itu, dipaparkan tiga individu terbabit yang menaiki sebuah Honda HRV memotong
kenderaan jenis Proton Exora dipandu mangsa berusia 46 tahun.

Suspek kemudian memberhentikan kereta di atas jambatan sebelum menumbuk muka mangsa beberapa kali.

193 Shares
CATEGORIES