Kerajaan peruntuk RM 100 juta untuk sekolah daif di Bumi Kenyalang

AYER KEROH 4 Feb. – Bagi tujuan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di Sarawak, Kementerian Pendidikan pada tahun ini memperuntukkan RM100 juta melibatkan pembangunan semula 32 buah sekolah.

Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, pihaknya juga memperuntukkan sebanyak RM25.7 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf 135 sekolah (termasuk sekolah daif).

Ia melibatkan kerosakan struktur dan pembaikan kecil di negeri berkenaan mengikut tahap kerosakan sekolah.

Menurut kementerian itu lagi, penyaluran peruntukan tahun ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah daif juga sedang dilaksanakan.

“Malah, untuk pembangunan dan menaik taraf sekolah-sekolah daif, pelaksanaan projek akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemilihan serta pelantikan kontraktor adalah mengikut tender terbuka.

“Pihak kementerian juga tidak akan berkompromi, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak terhadap mana-mana kontraktor yang dilantik gagal melaksanakan projek mengikut masa ditetapkan,” memetik kenyataan itu.

Kata kementerian berkenaan, pihaknya sentiasa komited bagi memastikan pembangunan sekolah di semua negeri khususnya di Sarawak demi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian juga sentiasa mengamalkan prinsip kerjasama membina dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan kemudahan pendidikan yang kondusif disediakan untuk murid-murid

CATEGORIES