Kerajaan negeri perkenal JPR

Kerajaan negeri perkenal JPR

AYER KEROH 21 Jun – Jawatankuasa Peduli Rakyat (JPR) yang menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diperkenalkan di negeri ini. Ianya bertujuan membantu kerajaan demi kesejahteraan rakyat, kata Ketua Menteri, Adly Zahari

Beliau berkata, kesemua JPR yang akan dilantik nanti mestilah mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memantapkan peranan dan fungsi masing-masing.

“Dalam transformasi kerajaan, kita mahu JPR ini mainkan peranan membantu rakyat dari segala segi bagi memastikan segala pembangunan memberikan impak besar kepada rakyat.

“Konsep yang kita buat ini inklusif di mana dengan branding baharu yang diperkenalkan ini nanti akan lebih baik, ini kerana mereka juga akan menjadi penghubung antara Japerun dan rakyat secara lebih spesifik.

“Dalam mesyuarat Exco akan datang, kita (kerajaan) akan memuktamadkan senarai JPR di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kita sedang dalam proses terakhir mengemaskini senarai ini,” katanya.

Menurut Adly lagi, walaupun sebelum ini lantikan JKKK sudah ditamatkan di peringkat persekutuan, tetapi di peringkat negeri, keperluan tersebut masih relevan.

“Jawatankuasa terakhir ini yang akan menjadi penghubung antara Japerun dan rakyat dan kita perlukan jawatankuasa ini membantu mengatasi masalah rayat secara lebih spesifik.

“Jadi kita akan buat lantikan JPR ini dalam mesyuarat Exco akan datang dan yakin 330 orang yang terlibat dapat berfungsi sebaiknya,” katanya.

3.47K Shares
CATEGORIES
TAGS