KBM ketengah industri ikan laga

KBM ketengah industri ikan laga

AYER KEROH 12 Feb.- Satu perjumpaan diadakan diantara 20 ahli Kelab Betta Melaka (KBM) bersama Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi, Norhizam Hassan Baktee di Seri Negeri, tadi.

Perjumpaan itu bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan bagi mengangkat industri ikan laga antara KBM dan kerajaan negeri.

Antara perkara yang dibincangkan ialah untuk mewujudkan Pusat Ikan Laga Melaka (MBC) dan menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan ikan laga untuk diperkenalkan kepada orang ramai.

Dalam kunjungan itu juga, Norhizam diangkat menjadi penaung, penasihat dan ahli kehormat KBM. 

Difahamkan, KBM kini mempunyai lebih daripada 100 ahli yang berdaftar dan kelab itu terbuka kepada orang ramai yang berminat terhadap industri ikan laga. 

Sebarang pertanyaan mengenai KBM boleh hubungi Setiausaha KBM, Ahmad Muliady Ab. Majid di talian 017-3945177 atau  email ke kbm.betta.melaka@gmail.com

150 Shares
CATEGORIES