JDT A muncul juara Kategori Terbuka

JDT A muncul juara Kategori Terbuka

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) A muncul juara Kategori Terbuka pada Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2018 Ke-17 sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Ke-12 2018 (FASM-12 2018) di Muara Sungai Melaka di Bandar Hilir, Ahad lalu.

Selaku juara, pasukan JDT A membawa pulang wang tunai RM2,000, medal, plak, sijil penyertaan, baucar Skytrex Melaka dan goodies bag.

Tempat kedua dimenangi pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan wang tunai RM1,000, medal, plak, sijil penyertaan, baucar Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) dan goodies bag, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan JDT B.

Bagi Kategori Tertutup Melaka, pasukan Polis Marin Melaka mengungguli wang tunai RM1,500, medal, plak, sijil penyertaan dan goodies bag.

Manakala pasukan Multimedia Universiti (MMU) B pula rangkul RM800, medal, plak, sijil penyertaan, baucar MIBC dan goodies bag.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Cyclone Break dengan wang tunai RM600, medal plak, sijil penyertaan dan goodies bag.

Tempat pertama Kategori Campuran Terbuka dimenangi pasukan JPM Paddlers dengan wang tunai RM1,500, plak, sijil penyertaan, baucar Skytrex Melaka, baucar MIBC dan goodies bag, pasukan Penang Forward di tempat kedua, manakala pasukan RMP A di tempat ketiga.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad (KMB), Hasrul Hassan.

Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2018 Ke-17 diadakan sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2018 (FASM 2018) anjuran KMB dengan kerjasama Perbadan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Sebanyak 68 pasukan melibatkan seramai hampir 1,000 peserta dari dalam dan luar Melaka menyertai perlumbaan tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden.

CATEGORIES