Jasin bakal nikmati akses internet setaraf negara maju

Jasin bakal nikmati akses internet setaraf negara maju

JASIN 8 Jan. – Penduduk Taman Merbau Perdana, Taman Maju, Felda Kemendor dan penghuni kuarters polis Jasin bakal menikmati akses internet berkelajuan tinggi mencecah satu gigabit sesaat (1Gbs) menerusi Projek Rintis Nasional Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP).

Rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi itu hasil inisiatif Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan dinikmati penduduk kawasan berkenaan menerusi pakej internet yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Jasin dipilih sebagai projek perintis itu berdasarkan demografi, pola penempatan penduduk dan infrastruktur yang agak terpinggir dan kurang dibangunkan.

Beliau berkata, langkah itu akan memperkasakan agenda pemerkasaan celik digital terhadap masyarakat luar bandar.

Katanya, antara lain melancarkan pergerakan penduduk daerah itu yang sedang melalui proses perbandaran dan memperkenalkan ruang koridor digital kepada rakyat luar bandar.

“Jasin dipilih kerana daerah ini dilihat terpinggir dan sedang melalui proses pembandaran.

“Keadaan demografi termasuk penempatan membolehkan projek perintis ini mengesan keberkesanan yang berbeza.

“Apatah lagi ja juga menjadi sokongan terhadap misi kerajaan yang sedang bergerak ke arah ekonomi digital isusuli penglibatan rakyat luar bandar setaraf dengan negara maju,” katanya

Beliau berkata demikian Sempena Majlis Pelancaran NFCP di padang Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebentar tadi.

Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

5.01K Shares
CATEGORIES
TAGS